Labels

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Muhammad Umar Zulkarnain - Ziarah Gunung Jerai

Assalamualaikum.

Ceritanya begini, mulanya, Ummi merancang nak bermalam kat rumah Ummi Yaniey, tetapi plan Ummi terpaksa di ubah pada saat-saat akhir. Abah buat keputusan untuk bawak Ummi dengan Umar ikut Abah pergi show kat Pasir Salak. Ummi Yaniey plak tengah tak sihat. Ummi rasa bersalah sangat. Kesian Ummi Yaniey. Tapi, nak buat macam mana, Abah dah excited sangat nak bawak Ummi dengan Umar jumpa Habib Syech.

Kami gerak ke Pasir Salak pada hari Sabtu, pukul 12 tengah hari. Sampai di Pasir Salak pukul 530 petang. Show start pukul 8 malam, jadi sementara tunggu show mula, sempat la Ummi meronda gerai-gerai yang di buka di perkarangan Dewan Felda Changkat Lada, Pasir Salak.Sempat jugak Ummi urut kaki dengan mak bidan kat situ. Bila show mula, Ummi ambik tempat dalam dewan. Nasib baik MOA dah reserve dua buah meja untuk band boys. Kalo tak,Ummi dengan Umar melangut dalam kete la jawabnya. Hampir 12 malam baru show habis. Kami terus menuju ke Sungai Petani. Sampai di Sungai Petani pukul 3 pagi. Sesampainya kami di rumah Mak Tok, kami terus tidur. Penat sangat. Hehehe...

Esoknya pulak, pagi-pagi lagi dah kena bersiap-siap untuk naik Gunung Jerai. Alhamdulillah, akhirnya hajat Ummi nak naik Gunung Jerai tercapai. Hajat Abah untuk Habib Syech takneek Umar pun tercapai jugak. Habib Syech cakap...Umar ni..gendut macam Abahnya...hehehe..



Umar di tahneek oleh Habib Syech Assegaf 

Di Padang Tok Syeikh


Balik dari Gunung Jerai, kami singgah di Kg Begia, Daerah Sik untuk menziarahi Tok Aget iaitu Onyang Umar, belah Abah. 

Umar bersama Tok Aget. Tok Aget ni Siam tulen dan bukan Muslim, jadi sebab tu tak pakai tudung. (jangan salah anggap ye)

Petangnya pulak, Tok Wan bawak Umar ronda Taman Seroja naik motor. Seronoknya anak Ummi, boleh naik motor. 

Sekian.

Thank you for reading this entry.






Saturday, February 1, 2014

Percutian Pertama Muhammad Umar Zulkarnain - Port Dickson 30 Dec 2013

Assalamualaikum...

Dah lama sangat rasanya tak pergi bercuti. Mencari ketenangan. Lari dari kesibukan kota. Hehehe...

Kami pergi tak lama pun, satu malam je. Pergi PD je pun. Tapi, apapun, Alhamdulillah. Dapat jugak merasa. Kali ni kami pergi bercuti bersama Mama Som (MIL), Ayah Nasir (FIL) dan Dik Mie (BIL).


 
  
   
  

Umar ni..macam fotostat muka Abah je...
  
   

Pak Su Mie duk layan perasaan...jiwang tol...
  

Mama Som..seronok dapat bercuti..
 

Kononnya buat sun-bathing...sambil tunggu Abah swimming kat pool..
 

Anak Ummi ni dah pandai merajuk..ni kes sebab lambat angkat la ni..
 

Thank you for reading this entry...

Kesayangan Ummi...

Assalamualaikum...

Tenang rasa hati ini bila selepas beberapa hari Umar balik rumah, Umar mula senyum dan buat macam-macam memek muka. Kulit pun dah mula kemerahan. Umar makin ceria. Alhamdulillah..semoga Umar semakin sihat. 











Thank you for reading this entry.

Friday, January 31, 2014

Umar di rumah Tok We & Tok Ma

Assalamualaikum...

Muhammad Umar Zulkarnain, memang makin kurus rupanya anak Ummi ni.

Berat ketika lahir - 2.25kg
Berat keluar hospital - 2.10kg



Kurus kan? Masa ni, rasa ringan sangat bila dukung Umar. Ummi nak mandikan pun tak berani. Nasib baik ada Tok Ma, tolong mandikan anak Ummi ni. Kulit Umar pun pucat je. Air muka pun tak ceria. InsyaAllah, semuanya akn baik-baik sahaja.



Thank you for reading this entry.

Muhammad Umar Zulkarnain - Week 2

Assalamualaikum.

Masuk minggu kedua, Muhammad Umar Zulkarnain masih berada di dalam Wad 2, HRPZ 2 Kota Bharu.

A picture worth a thousand words.


Day 8 - Umar masih berpuasa. Semakin hari, Ummi tengok Umar semakin kurus. Kesian anak Ummi ni, tabah ye nak. Ummi dan Abah senantiasa bersama Umar. Mancung jugak hidung anak Ummi ni.



Day 9 - Hari ni pun, Umar puasa lagi. Umar selalu nangis, kesian anak Ummi. Umar lapar ye sayang. Ummi curi-curi bagi Umar air zam-zam ye. Untuk basahkan tekak. Subhanallah, sebaik sahaja beberapa titis air zam-zam masuk ke mulutnya, Umar berhenti menangis. Umar haus. Sabar ye sayang. Anak Ummi kuat.



Day 10 - Umar dah boleh mula minum. Ummi pun mula mengepam susu untuk Umar. Umar minum guna sudu. Mula dengan 5cc sekali minum sehingga 30cc sekali minum. Alhamdulillah, anak Ummi ni makin kuat. Masalah usus juga sudah semakin pulih. Alhamdulillah.



Day 11 - Masalah usus semakin pulih. Alhamdulillah. Sekarang ni, tunggu habis antibiotik, kemudian semua wayar akan ditanggalkan. Alhamdulillah. 




Day 12 - Ummi dihubungi pihak hospital, mengatakan bahawa Ummi boleh mula bermalam di hospital bersama anak Ummi ni. Doc nak Umar cuba direct feeding. Alhamdulillah, malam pertama Ummi bersama permata Ummi. Semau wayar pun dah dicabut. Alhamdulillah.

Day 13 - Akhirnya, Umar dibenarkan pulang ke rumah. Syukur Alhamdulillah. Berkat doa seluruh ahli keluarga. Akhirnya penantian ini terjawab. Ramai tunggu Umar balik. Semua tak sabar nak tengok Umar. Ummi pun tak sabar nak tunggu Umar balik. Sebab Ummi dah tak sanggup tengok anak Ummi dicucuk sana sini.

Thank you for reading this entry...

Muhammad Umar Zulkarnain - Week 1

A picture worth a thousand words.


Day 1 - Hati ibu mana yang x sedih bila melihat permata hati dalam keadaan begini.


Day 2 - Alhamdulillah..bantuan pernafasan dh ditanggalkan. Umar dah boleh bernafas sendiri. Kuning pun dah xde. Alhamdulillah.

Day 3 - First time dapat tengok muka permata hati dengan sejelasnya...
 

Day 4 - Pertama kali Ummi dan Abah dapat dukung, peluk dan cium permata ini. Subhanallah..terima kasih ya Allah.  




Day 5 - Ummi x dapat ambik gambar Umar untuk hari kelima sebab masa Ummi datang jenguk Umar, doc tengah bz pasang line kt celah peha. Untuk masukkan ubat utk masalah usus yg Umar hadapi. Umar pun kena mula puasa hari ni, untuk memastikan ubat yang disalurkan berkesan sepenuhnya.

Day 6 - Kaki Umar mula membengkak berpunca dari line yang dipasang di celah peha semalam. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini. Kuatkanlah semangat Umar ya Allah.

Day 7 - Kaki Umar masih membengkak. Doc cakap anak Ummi ni lasak sangat, sampai doc terpaksa lekatkan kaki kt kain, untuk elakkan line tertarik dan untuk kurangkan bengkak.






Thank you for reading this entry.


Thursday, May 30, 2013

Am I Losing Both?

Assalamualaikum.

Hari ni saya masih di katil 27 Wad Mawar HKB. Pagi tadi saya dipanggil untuk scan kali kedua. Untuk tengok keadaan baby yang masih hidup.

Selepas scan doktor terangkan pada saya, air ketuban yang bocor adalah dari baby yang besar. Bukan dari baby kecil yang dah meninggal. Air ketuban makin lama makin kering. Walaupun air yang turun dah takde sejak pagi semalam, tapi, air ketuban baby tetap kurang. Ruang untuk baby bergerak sangat terhad. Kesian baby.

Adakah kami akan kehilangan keduanya? Ya Allah..sangat berat dugaan ini. Aku tidak mampu menanggung dugaan seberat ini. Ya Allah, selamatkanlah anak kami. Selamatkanlah yang masih hidup.

Semoga hati ini tabah dan terus kuat walaupun aku tahu, semangatku kian menurun. Tapi, aku tak mampu nak menangis depan suami, depan keluarga. Sebab, tak nak diorang pun rasa sedih. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus senyum dan ketawa depan suami dan keluarga. Amin.

Thank you for reading this entry.

Wednesday, May 29, 2013

Semoga roh Muhammad Umar Iskandar dicucuri rahmat

Assalamualaikum.

Sedikit luahan hati. Para ibu mungkin akan memahami situasi ini.

Pada 27 Mei aku akhirnya memberanikan diri untuk membeli persiapan menyambut kelahiran bayi kembar kami. Oleh kerana beberapa komplikasi, aku dijangka akan bersalin lebih awal dari sepatutnya.

Aku beli tiga pasang sarung tangan dan kaki, bedak bayi, baby oil, anakku toiletries travel set, tikar getah serta kotak untuk menyimpan barang2 tersebut. Hati ini sangat tidak sabar menanti kelahiran si kembar.

Malamnya, tidurku diganggu dengan lelehan air tanpa henti. Aku sangkakan ianya adalah air kencing. Sehinggalah keesokan petang. Lelehan air masih tak berhenti. Setelah mengadu pada ma, aku di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Aku telah ditahan di dalam wad untuk pemeriksaan lanjut.

Pada jam 526 pagi aku telah dikejutkan oleh nurse untuk menjalani ultrasound. Subhanallah. Allahuakbar. Doktor memberitahuku bahawa dia tidak dapat mengesan degupan jantung salah seorang bayiku. Beberapa minit kemudian, doktor telah mengesahkan bahawa salah seorang bayiku telah meninggal dunia. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu.

Sebaik keluar dari bilik doktor, aku menangis. Menghubungi suamiku dan dia dengan tenang menerima ketentuan Ilahi.

Saat ini aku masih menunggu untuk diperiksa oleh pakar o&g untuk menentukan sama ada kandunganku masih selamat untuk diteruskan atau tidak.

Aku redha InsyaAllah. Tapi hati ini sangat sebak bila teringat tentang sarung tangan dan kaki yang dah di beli. Bukan rezeki kami. Aku harus redha. YaAllah, kuatkanlah semangatku untuk menghadapi dugaan ini. 

Tabahkan lah hati suamiku. Semoga dia dapat menerima semua ini dengan redha. Amin.

Thank you for reading this entry.

Tuesday, May 14, 2013

Syukur Alhamdulillah..

Assalamualaikum,

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka merasakan tidak perlu untuk terlalu memuji suami sendiri. Tapi tidak pada saya.

Suami saya adalah anugerah Allah swt yang terbaik. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana di pertemukan jodoh dengannya. Walaupun usia perkenalan kami hampir mencecah 7 tahun, sempat couple and clash dua kali. Namun, Allah Maha Berkuasa. Kami kawin jugak. Hmmm..kalaulah saya tau yang akhirnya dia akan jadi suami saya, takde la saya nak buang masa dan duit bercinta dengan orang lain. Seperti pepatah orang tua 'kalau dah jodoh tak ke mana'.

Sejak di sahkan mengandung beberapa bulan lalu, saya mula nampak perubahan pada diri suami. Cara dia memberikan perhatian kepada saya, cara dia melayan saya serta cara dia bersungguh-sungguh membantu saya membuat kerja rumah. Apatah lagi sejak saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan dan berisiko untuk keguguran. Sejak dari hari itu, saya tidak lagi membuat kerja rumah. Cuci baju, kemas rumah, kemas dapur, cuci pinggan mangkuk, semua suami yang uruskan. Saya juga tidak lagi memasak. Kami akan makan di luar atau bungkus je bawak balik.

Pada mulanya, saya sangkakan perubahan suami adalah kerana sayangkan anak-anak kami dalam perut ni. Tapi lama kelamaan, saya semakin sedar yang sememangnya dia benar-benar sayangkan saya. Saya sangat bertuah kerana di kurniakan seorang suami seperti dia.

Sekarang suami saya lebih kerap berjaga malam. Bila ditanya kenapa, dia akan menjawab tak boleh tidur. Tetapi, naluri hati saya kuat mengatakan bahawa, suami saya tidak selalu berjaga malam sebab risau kalau-kalau saya terjaga di tengah malam untuk minum air atau ke tandas. Suami akan bergegas untuk ambilkan air untuk saya dan memimpin saya untuk turun dari katil jika mahu ke tandas.

Kata orang, tidak baik kalau terlalu memuji. Tapi bagi saya, ini adalah cara saya meluahkan betapa bersyukurnya saya bersuamikan dia.

Sedikit nasihat dari saya:
Jangan terlalu memandang keburukan atau kekurangan yang ada pada suami, sebaliknya pandanglah kepada kebaikan dia. Walau sekecil mana pun pengorbanan yang dia lakukan untuk kita, nilailah pengorbanan tersebut dari kesungguhan dan keikhlasan dia melakukannya. Elakkan membandingkan suami dengan orang lain. Berdosa. Sesungguhnya, kita amat bertuah kerana dikurniakan seorang suami, khalifah untuk membimbing dan menjaga kita. Sayangilah suami anda.
 

 
Thank you for reading this entry...

Wednesday, May 8, 2013

Lahirnya seorang budak... Maisarah nama di beri...

Assalamualaikum...

Pada tanggal 29 March 2013, adik saya telah melahirkan seorang puteri diberi nama Maisarah. sangat la comel budak ini. Sila lihat gambar-gambar di bawah untuk menikmati kecomelan budak ini.



sangat comel kan budak ini?...hehehe...
 
 
thank you for reading this entry...