Labels

Friday, January 31, 2014

Tendangan-tendangan kecil dari permataku...Part 2

Assalamualaikum...

Tanggal 28 Ogos 2013, kami ke Hospital Raja Permaisuri Bainun lagi. Seperti biasa, Dr Japaraj nak follow up keadaan baby dalam kandungan. Selepas diperiksa, Dr Japaraj memberi kata putus, menyatakan bahawa, aku harus bersalin paling lewat minggu ke 36. Ini kerana, masalah kekurangan air ketuban merisikokan baby untuk lemas. Aku juga mungkin tidak akan berpeluang untuk melahirkan baby ini secara normal kerana kemungkinan the first twin (baby yang dah meninggal) mengalami kesukaran untuk keluar.

Tanggal 4 September 2013, sekali lagi aku mengalami kebocoran air ketuban. Suamiku segera membawaku ke Hospital Bersalin HKL. Setelah diperiksa, aku diberitahu, air ketuban yang tinggal terlalu sedikit. Jika berlaku kebocoran sekali lagi, baby mungkin lemas. Untuk menyelamatkan baby, aku dinasihatkan supaya bersalin lebih awal dari jangkaan. Iaitu minggu ke 34. Aku segera meminta untuk ditukarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu.

Tanggal 8 September 2013, aku telah dimasukkan ke HRPZ 2 untuk kali yang kedua. Selepas diperiksa oleh Pakar O&G, doktor membuat keputusan untuk memaksa aku bersalin pada minggu ke 34, dengan menggunakan kaedah induce. Tarikh induce juga telah ditetapkan, iaitu pada 14 September 2013, bersamaan hari lahirku yang ke 28.

10 September 2013, sy mula mengalami contraction..every 2 3 hours. Esoknya, semakin kerap every 30 minutes, every 20 minutes, every 15 minutes, every 10 minutes. Kira-kira jam 1 pagi sy mula mengalami kesakitan yang tak tertahan. Bila diperiksa oleh jururawat yang bertugas, baru sy tau...rupanya laluan dah terbukak 5cm. Sy terus dihantar ke bilik bersalin. Jam 255 pagi..saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.25kg. Alhamdulillah..the first twin pun turut keluar bersama uri. Alhamdulillah. Allah swt permudahkan segalanya. Oleh kerana pada malam itu, suami baru sampai ke KL dari tawau, maka sy terpaksa bersalin sendirian. Mama dan papa datang menunggu di luar bilik bersalin. Sebaik sahaja selesai mama terus masuk ke bilik bersalin, menanyakan keadaanku serta terus pulang untuk menguruskan uri serta Almarhum Muhammad Umar Iskandar (the first twin). Sedihnya, saya cuma ditunjukkan kemaluan baby sebelum baby terus dibawa pergi. Jam 630 pagi, sy dimasukkan kembali ke wad bersalin.

Disebabkan baby lahir dalam keadaan tenat, maka baby terus dibawa ke unit rawatan bayi iaitu di Wad 2, HRPZ 2.


Thank you for reading this entry...


0 comments:

Post a Comment