Labels

Wednesday, April 24, 2013

Satu malam di wad 1A Hospital Bersalin, HKL

Assalamualaikum..
Saat sy mencoret entry ini, saya sedang terbaring di katil 23A wad bersalin, HKL. Sebabnya, bleeding. Sebenarnya dari hari isnin lagi dah start bleeding. Tapi, masa tu, seketul je darah yang keluar. Kami terus ke HKL Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU). Lepas doktor pakar periksa, Alhamdulillah 'little twin' sihat. Dua-dua jantung nampak okay. Dapat MC 3 hari dengan ubat untuk kuatkan rahim.
Balik dari hospital, rehat je kat rumah. Kerja rumah macam basuh baju, basuh pinggan mangkuk, semua husband yang buat. Sepanjang 3 hari, rehat, tengok tv, main game. Tu je.
Tapi, petang td, perut mula rasa sakit. Sakit macam senggugut. Nak bagi hilang rasa sakit, tidur je. Bangun tidur, lebih kurang jam 7 petang, keluar darah yang sangat banyak. Saya terus menjerit sambil menangis panggil husband. Dia terus bawa saya sekali lagi ke EPAU HKL.
Alhamdulillah, kedua-dua baby okay. Tapi disebabkan pendarahan yang tidak berhenti (macam datang bulan hari pertama) saya ditahan di wad untuk pemantauan doktor. Harapnya, kena tahan sehari je la. Semoga Allah swt kurniakan kekuatan kepada saya dan little twin. Semoga semuanya selamat. Amin.

Thursday, April 18, 2013

Nasi Tomato Masjid Wilayah

Assalamualaikum,

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya nak share satu cerita pasal nasi tomato.

Fenomena ni dah berlaku sejak beberapa lama. Bermula dari guys yang pergi Solat Jumaat di Masjid Wilayah, diorang ni sibuk la duk berkempen yang nasi tomato pak cik ni sedap. Lauk pun banyak. Nasi dia lembut je.

After few times dengar diorang ni berkempen, girls office pun beranikan diri pergi beratur untuk beli nasi tomato ni. Punya la panjang queue, ramai sangat orang. Mana crowded dengan orang yang nak pergi solat Jumaat lg. Heheh...tapi nasi tomato punya pasal...semua aci redah je..

Sejak akhir2 ni, girls dah makin bijak, pergi beratur awal, iaitu sebelum guys keluar pergi Solat Jumaat. Hasilnya, dapatla kami merasa makan nasi tomato yg kononnya sedap ni. Terima kasih bebanyak kepada girls yang sudi belikan kami nasi tomato ni. Ibu-ibu mengandung, duk opis je, x larat nak beratur lama di tengah panas di tengah orang yang ramai.

Nasi tomato ni ada dua jenis lauk, iaitu ayam masak merah dan ayam berempah. Ada acar timun. sedapp...harga untuk satu bungkus ni RM8.00. Mungkin bagi sesetengah orang, harga nasi tomato ni agak mahal, tapi bagi kami, agak berbaloi. Sebab rasanya sedap dan kuantitinya banyak. Boleh share makan dua orang untuk satu bungkus. Berbaloi kan?

nampak sedap kan?
 
thank you for reading this entry...

Buku Pink saya..

Assalamualaikum.

Akhirnya, hari ni saya berjaya buat pendataran kehamilan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan Hang Tuah. Sampai klinik kul 830 pg. Punya la ramai 'foreigners' kt klinik tu. Macam2 bau pun ada. Rasa mcm nak pitam sebab kena tunggu lama sgt.

Setelah hampir 5 jam menunggu + urine test + ambik darah + jumpa doc...akhirnya semuanya selesai. Tetapi, saya masih perlu menunggu panggilan dari nurs bertugas untuk tarikh appointment di HKL. Untuk detail scan katanya. Just to make sure the condition of my little twins. Satu uri ke, dua uri ke, satu kantung ke, dua kantung ke..

ini buku pink saya...beserta ubatannya...
 
thank you for reading this entry...



Kelebihan Ibu Mengandung

Terdapat 9 Kelebihan Ibu Mengandung Dalam Islam

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Wednesday, April 17, 2013

Kekurangan & Kelebihan Vitamin B6

DEFINISI

Vitamin B6 adalah nama generik untuk:
# Piridoksin
# Piridoksal
# Piridoksamin.

Vitamin ini diperlukan sebagai katalisator pada reaksi yang melibatkan asam amino dalam sel darah, sel otak dan sel kulit.

Fungsi vitamin B6
Sumber vitamin B6


KEKURANGAN VITAMIN B6

Kekurangan vitamin B6 terjadi karena penyerapan yang buruk dalam saluran pencernaan atau pemakaian obat-obat yang menguras cadangan vitamin B6 dalam tubuh (misalnya isoniasid, hidralazin dan penisilamin).

Kekurangan vitamin ini juga terjadi pada penyakit keturunan yang menghambat metabolisme vitamin B6.
Penyakit ni dapat menyebabkan keterbelakangan mental yang berat, kejang dan anemia yang sulit dikoreksi.

Kekurangan vitamin B6 pada bayi dapat menyebabkan kejang dan anemia.

Pada dewasa akan timbul dermatitis, kerusakan saraf (neuropati) dan kebingungan.

Gejala lainnya berupa:
- luka kemerahan yang terbuka pada lidah
- sudut mulut yang pecah-pecah
- mati rasa dan rasa tertusuk jarum di tangan dan kaki.

Untuk membantu diagnosis dilakukan pemeriksaan darah.

Diberikan vitamin B6 dosis tinggi (10-20 kali dosis harian yang dianjurkan), sampai gejala mereda.

Pada penyakit yang diturunkan, dibutuhkan dosis yang lebih tinggi.


KELEBIHAN VITAMIN B6

Vitamin B6 dosis tinggi (500-3000 kali dosis harian yang dianjurkan) diberikan untuk mengobati sindroma tunnel karpal atau ketegangan premenstrual, bisa menyebabkan kerusakan saraf yang hebat, dimana terjadi kerusakan sebagian urat saraf tulang belakang, yang bisa menimbulkan kesulitan dalam berjalan.

Penyembuhan pada keadaan ini berjalan lambat dan kesulitan dalam berjalan bisa menetap setelah pemakaian vitamin B6 tambahan dihentikan.

Asid Folik

Asid folik (folic acid) merupakan ahli kumpulan vitamin B yang
berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan
manusia.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam
perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa
mengandung. Ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid
folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Ia dapat membantu
menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect"
atau NTD. Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu
mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku.

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan
sel-sel bayi dalam kandungan. Saintis tidak pasti bagaimana ia
membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun saintis pasti
ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ,
kulit dan tulang.

Tuesday, April 16, 2013

I'm pregnant...Alhamdulillah...

Assalamualaikum...
 
Beberapa minggu lepas...kami dapat berita baik..Alhamdulillah...sy telah disahkan mengandung 7 minggu. Hanya Allah swt yang tahu betapa gembiranya kami dengan berita ini.
 
Minggu lepas, saya pergi klinik untuk ultrasound. Sebab nak tengok keadaan baby. Risau sebab first pregnancy. Lagi berita baik kami terima, sy mengandungkan anak kembar.  Alhamdulillah..rezeki yang x disangka. Kami x sabar nak tunggu baby2 kami ni lahir hujung bulan 10 nnt. Sangat excited. Syukur ya Allah. Semoga saya akan kekal sihat n dapat mengharungi saat2 mengandung ni dengan cekal dan tabah. Lagi x sabar nak shopping barang baby..hehehe...
 
Pic kat bawah ni gamb scan. Nampak tak ada dua kepala baby duk mhadap satu sama lain..
 
Thank you for reading this entry.
 
 

More wedding pics - belah lelaki (Sg Petani, Kedah)

Assalamualaikum.

Ni saya nak share gambar kenduri belah lelaki pulak. Kenduri ni selang hampir sebulan dengan kenduri akad nikah. iaitu pada 26 Januari 2013.

Gambar ni masa malam berinai...kononnya nak buat tema Arabian Night la..hehehe
 
us...di tengah panas yang amat terik..
 
pengantin di arak ke pelamin dengan iringan muzik tomoi..(first time dengar muzik n tengok persembahan tomoi)
 
us....
 
potong pulut kuning...angan-angan jadi kenyataan...
 
with his family...
 
we with our pengapit bidan terjun..
 
Outdoor at Jeti ... lupa da nama dia...
 
Dalam kolong tempat proses arang...(rumah arang)


Thursday, April 11, 2013

Rumah dan Tangga..Hak Dan Tanggungjawab Suami Isteri

Tanggungjawab dan Hak Suami
 
Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
 
"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah, ayat 233)
 
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
 
"Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik." (Hadis riwayat Muslim).
 
Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: 
 
"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik." (Surah an-Nisa', ayat 19)
 
Tanggungjawab dan Hak Isteri
 
Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.
 
Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.
 
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
 
"Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)
 
Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
 
"Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang solehah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)
 
Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak
 
Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.
 
Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 
"Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran." (Hadis riwayat Dailami)
 
Apa yang kami kemukakan hanyalah ringkasan dari hak dan tanggungjawab berkeluarga yang lebih luas. Di harap agar pasangan yang memerlukan rujukan lanjut, dapat merujuk buku-buku berkaitan untuk maklumat terperinci.


(sumber Artikel Iluvislam.com)

Yess!! I am married...

Assalamualaikum..

Lama sangat dah rasanya x update blog ni...asik bz je memanjang...hmm..

Update about me, I am finally married to a man that I would never ever imagine will be my husband. Yes, dia adalah bekas boyfren saya..kami kenal dah agak lama..hampir 7 tahun..sejak dari zaman student..since then, mmg dah kenal dgn mak ayah dia..hmm..kalau dah jodoh x ke mana kan? Bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, kawin pun dgn org lain...dah jodoh...

Kat bawah ni nak share sikit pic nikah hari tu....29 December 2012

Sebelum akad nikah...

this is him...the love of my life....

the akad nikah....

Us..with the parents...

end of story...