Labels

Wednesday, April 24, 2013

Satu malam di wad 1A Hospital Bersalin, HKL

Assalamualaikum..
Saat sy mencoret entry ini, saya sedang terbaring di katil 23A wad bersalin, HKL. Sebabnya, bleeding. Sebenarnya dari hari isnin lagi dah start bleeding. Tapi, masa tu, seketul je darah yang keluar. Kami terus ke HKL Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU). Lepas doktor pakar periksa, Alhamdulillah 'little twin' sihat. Dua-dua jantung nampak okay. Dapat MC 3 hari dengan ubat untuk kuatkan rahim.
Balik dari hospital, rehat je kat rumah. Kerja rumah macam basuh baju, basuh pinggan mangkuk, semua husband yang buat. Sepanjang 3 hari, rehat, tengok tv, main game. Tu je.
Tapi, petang td, perut mula rasa sakit. Sakit macam senggugut. Nak bagi hilang rasa sakit, tidur je. Bangun tidur, lebih kurang jam 7 petang, keluar darah yang sangat banyak. Saya terus menjerit sambil menangis panggil husband. Dia terus bawa saya sekali lagi ke EPAU HKL.
Alhamdulillah, kedua-dua baby okay. Tapi disebabkan pendarahan yang tidak berhenti (macam datang bulan hari pertama) saya ditahan di wad untuk pemantauan doktor. Harapnya, kena tahan sehari je la. Semoga Allah swt kurniakan kekuatan kepada saya dan little twin. Semoga semuanya selamat. Amin.

0 comments:

Post a Comment