Labels

Wednesday, April 17, 2013

Asid Folik

Asid folik (folic acid) merupakan ahli kumpulan vitamin B yang
berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan
manusia.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam
perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa
mengandung. Ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid
folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Ia dapat membantu
menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect"
atau NTD. Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu
mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku.

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan
sel-sel bayi dalam kandungan. Saintis tidak pasti bagaimana ia
membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun saintis pasti
ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ,
kulit dan tulang.

0 comments:

Post a Comment