Labels

Thursday, April 18, 2013

Nasi Tomato Masjid Wilayah

Assalamualaikum,

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya nak share satu cerita pasal nasi tomato.

Fenomena ni dah berlaku sejak beberapa lama. Bermula dari guys yang pergi Solat Jumaat di Masjid Wilayah, diorang ni sibuk la duk berkempen yang nasi tomato pak cik ni sedap. Lauk pun banyak. Nasi dia lembut je.

After few times dengar diorang ni berkempen, girls office pun beranikan diri pergi beratur untuk beli nasi tomato ni. Punya la panjang queue, ramai sangat orang. Mana crowded dengan orang yang nak pergi solat Jumaat lg. Heheh...tapi nasi tomato punya pasal...semua aci redah je..

Sejak akhir2 ni, girls dah makin bijak, pergi beratur awal, iaitu sebelum guys keluar pergi Solat Jumaat. Hasilnya, dapatla kami merasa makan nasi tomato yg kononnya sedap ni. Terima kasih bebanyak kepada girls yang sudi belikan kami nasi tomato ni. Ibu-ibu mengandung, duk opis je, x larat nak beratur lama di tengah panas di tengah orang yang ramai.

Nasi tomato ni ada dua jenis lauk, iaitu ayam masak merah dan ayam berempah. Ada acar timun. sedapp...harga untuk satu bungkus ni RM8.00. Mungkin bagi sesetengah orang, harga nasi tomato ni agak mahal, tapi bagi kami, agak berbaloi. Sebab rasanya sedap dan kuantitinya banyak. Boleh share makan dua orang untuk satu bungkus. Berbaloi kan?

nampak sedap kan?
 
thank you for reading this entry...

0 comments:

Post a Comment