Labels

Wednesday, May 8, 2013

Balik Mengundi PRU13

Assalamualaikum,

Sesungguhnya, ini adalah kali pertama saya mendaftarkan diri sebagai pengundi. Hehehe..akhirnya telah terbuka pintu hati ini untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

PRU13 telah jatuh pada hari Ahad, 5 Mei 2013. Jadi, saya pun sibukla nak apply cuti untuk balik kampung. Mulanya, agak susaj untuk mendapat kelulusan untuk balik kampung dari husband sebab masih belum sihat sepenuhnya and bleeding pun ada lagi. tapi, setelah bersusah payah memujuk rayu husband, akhirnya, dapat balik kampung, dengan syarat, tidak boleh drive langsung. Huhuhu...

Hari Khamis, 2 Mei 2013 jam 11 malam, saya dan Kak Long bertolak dari Taman Desa Baiduri, Klang. Hujan sangat lebat, sampai saya tertidur siap berdengkur lagi..kata Kak Long. Kesian Kak Long kena drive sorang. Jam 4 pagi kami berhenti rehat di Shell Gua Musang. Jam 645 pagi baru la kami teruskan perjalanan. Sampai di rumah jam 1030 pagi.

Sangat seronok dapat balik kampung. Dapat makan ikan percik, sambal pauh, pulut kuning dan lokcing. Sepanjang masa kenyang. Hehehe...puas hati dapat makan semua tu. Harapnya, lepas ni xde la mengidam nak makan ikan percik yang Mama buat lagi..huhuhu...

ikan percik...yummy...
 
sambal pauh...yummy....
 
pulut kuning...
 
lokcing...sangat yummy...
 
 
thank you for reading this entry...
 
 

0 comments:

Post a Comment