Labels

Thursday, May 30, 2013

Am I Losing Both?

Assalamualaikum.

Hari ni saya masih di katil 27 Wad Mawar HKB. Pagi tadi saya dipanggil untuk scan kali kedua. Untuk tengok keadaan baby yang masih hidup.

Selepas scan doktor terangkan pada saya, air ketuban yang bocor adalah dari baby yang besar. Bukan dari baby kecil yang dah meninggal. Air ketuban makin lama makin kering. Walaupun air yang turun dah takde sejak pagi semalam, tapi, air ketuban baby tetap kurang. Ruang untuk baby bergerak sangat terhad. Kesian baby.

Adakah kami akan kehilangan keduanya? Ya Allah..sangat berat dugaan ini. Aku tidak mampu menanggung dugaan seberat ini. Ya Allah, selamatkanlah anak kami. Selamatkanlah yang masih hidup.

Semoga hati ini tabah dan terus kuat walaupun aku tahu, semangatku kian menurun. Tapi, aku tak mampu nak menangis depan suami, depan keluarga. Sebab, tak nak diorang pun rasa sedih. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus senyum dan ketawa depan suami dan keluarga. Amin.

Thank you for reading this entry.

2 comments:

  1. Salam diana, sabar ye...Akak doakan awak dan baby kuat dan sihat...Ada hikmahnya tiap yg berlaku...Allah maha mengetahui...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Nas. Last week scan kat Hospital Ipoh, Alhamdulillah, baby sihat. Cuma xleh buat keje berat sbb takut air ketuban leaking balik. Lega rasanya..

    ReplyDelete