Labels

Monday, May 20, 2013

Beratnya dugaanMu ya Allah swt...

Assalamualaikum..
 
Di sini saya nak kongsi sedikit cerita. Kisah sedih saya. Dugaan hidup kami.
 
Pagi tadi saya dan suami ke unit Maternal Fetal Medicine (MFM) HKL. Tujuan kami kesana adalah untuk melakukan details scan. Pregnant twins ni banyak risiko. Especially kalau twins kongsi satu uri. Risiko untuk salah satu bayi mengalami kekurangan zat adalah tinggi. Selepas di scan oleh pegawai perubatan, kami diminta tunggu untuk di scan sekali lagi oleh pakar sakit puan, Dr Baskaran.
 
Kemudian, kami di minta tunggu untuk berjumpa doktor. Semasa scanning, saya ada dengar beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut doktor ketika beliau berbincang dengan pegawai perubatan. Antara perkataan tersebut ialah, laser, twins, different size. Kami sendiri pun boleh lihat di skrin bahawa bayi kami tidak sama saiz. Seorang bersaiz 18 minggu dan seorang lagi bersaiz 16 minggu. Tapi, kedua-duanya kelihatan aktif menghisap jari dan menendang.
 
Semasa di scan oleh pegawai perubatan, saya sempat bertanya sama ada kami boleh melihat jantina bayi. Alhamdulillah, insyaAllah, kembar kami keduanya lelaki. Syukur ya Allah swt. Gembira tak terkata. X sabar menanti kehadiran little twins ni.
 
Selepas beberapa ketika, kami di panggil untuk berjumpa doktor. Saat ini hanya Allah swt yang tahu betapa berdebarnya jantung saya. Kami telah di terangkan mengenai keadaan kembar kami. Memang kembar kami tidak sama saiz. Zat-zat makanan terbahagi tidak sama rata kerana perbezaan saiz saluran darah. Doktor cakap, jika dibiarkan, bayi kami yang kedua mungkin akan kekeringan air ketuban kemudian meninggal. Jika perkara ini terjadi, bayi yang pertama akan membantu bayi kedua dengan menyalurkan darah kepadanya. Tetapi, bayi pertama mungkin akan lahir dengan risiko kecacatan otak. Ya Allah, beratnya dugaan ini.
 
Kata doktor, kami agak bertuah kerana masalah ini dapat di kesan di peringkat awal. Saya di sarankan supaya menjalani rawatan laser untuk membakar saluran darah bayi pertama supaya saluran tersebut menjadi lebih kecil dan zat-zat makanan dapat di agihkan sama rata. Tetapi, setiap rawatan ada risikonya.
 
Esok pagi, suami akan ke Unit MFM HKL sekali lagi untuk mengambil surat rujukan ke Hospital Ipoh. Kenapa Ipoh? Kerana pakar laser ada di sana. Saya akan di periksa sekali lagi oleh pakar Hospital Ipoh untuk memastikan saya boleh menjalani rawatan tersebut. InsyaAllah..anak-anak ini rezeki kami. Akan kami usahakan untuk berubat selagi mampu.
Sepanjang berada dalam bilik doktor, saya langsung tidak menangis. Walaupun hati sangat sedih dan risau akan keadaan little twins. Malam ni, nangislah semahunya. Semoga esok saya akan menjadi semakin kuat untuk little twins. InsyaAllah.
 
Semoga segala usaha kami di permudahkan olehNya.
 
Thank you for reading this entry...

0 comments:

Post a Comment