Labels

Tuesday, May 14, 2013

Syukur Alhamdulillah..

Assalamualaikum,

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka merasakan tidak perlu untuk terlalu memuji suami sendiri. Tapi tidak pada saya.

Suami saya adalah anugerah Allah swt yang terbaik. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana di pertemukan jodoh dengannya. Walaupun usia perkenalan kami hampir mencecah 7 tahun, sempat couple and clash dua kali. Namun, Allah Maha Berkuasa. Kami kawin jugak. Hmmm..kalaulah saya tau yang akhirnya dia akan jadi suami saya, takde la saya nak buang masa dan duit bercinta dengan orang lain. Seperti pepatah orang tua 'kalau dah jodoh tak ke mana'.

Sejak di sahkan mengandung beberapa bulan lalu, saya mula nampak perubahan pada diri suami. Cara dia memberikan perhatian kepada saya, cara dia melayan saya serta cara dia bersungguh-sungguh membantu saya membuat kerja rumah. Apatah lagi sejak saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan dan berisiko untuk keguguran. Sejak dari hari itu, saya tidak lagi membuat kerja rumah. Cuci baju, kemas rumah, kemas dapur, cuci pinggan mangkuk, semua suami yang uruskan. Saya juga tidak lagi memasak. Kami akan makan di luar atau bungkus je bawak balik.

Pada mulanya, saya sangkakan perubahan suami adalah kerana sayangkan anak-anak kami dalam perut ni. Tapi lama kelamaan, saya semakin sedar yang sememangnya dia benar-benar sayangkan saya. Saya sangat bertuah kerana di kurniakan seorang suami seperti dia.

Sekarang suami saya lebih kerap berjaga malam. Bila ditanya kenapa, dia akan menjawab tak boleh tidur. Tetapi, naluri hati saya kuat mengatakan bahawa, suami saya tidak selalu berjaga malam sebab risau kalau-kalau saya terjaga di tengah malam untuk minum air atau ke tandas. Suami akan bergegas untuk ambilkan air untuk saya dan memimpin saya untuk turun dari katil jika mahu ke tandas.

Kata orang, tidak baik kalau terlalu memuji. Tapi bagi saya, ini adalah cara saya meluahkan betapa bersyukurnya saya bersuamikan dia.

Sedikit nasihat dari saya:
Jangan terlalu memandang keburukan atau kekurangan yang ada pada suami, sebaliknya pandanglah kepada kebaikan dia. Walau sekecil mana pun pengorbanan yang dia lakukan untuk kita, nilailah pengorbanan tersebut dari kesungguhan dan keikhlasan dia melakukannya. Elakkan membandingkan suami dengan orang lain. Berdosa. Sesungguhnya, kita amat bertuah kerana dikurniakan seorang suami, khalifah untuk membimbing dan menjaga kita. Sayangilah suami anda.
 

 
Thank you for reading this entry...

2 comments:

  1. Alhamdulillah... :-) take a good care. ..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Nas...x sabar nak tunggu Kak Nas masuk opis..nak mintak petua mudah bersalin...

    ReplyDelete