Labels

Wednesday, May 29, 2013

Semoga roh Muhammad Umar Iskandar dicucuri rahmat

Assalamualaikum.

Sedikit luahan hati. Para ibu mungkin akan memahami situasi ini.

Pada 27 Mei aku akhirnya memberanikan diri untuk membeli persiapan menyambut kelahiran bayi kembar kami. Oleh kerana beberapa komplikasi, aku dijangka akan bersalin lebih awal dari sepatutnya.

Aku beli tiga pasang sarung tangan dan kaki, bedak bayi, baby oil, anakku toiletries travel set, tikar getah serta kotak untuk menyimpan barang2 tersebut. Hati ini sangat tidak sabar menanti kelahiran si kembar.

Malamnya, tidurku diganggu dengan lelehan air tanpa henti. Aku sangkakan ianya adalah air kencing. Sehinggalah keesokan petang. Lelehan air masih tak berhenti. Setelah mengadu pada ma, aku di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Aku telah ditahan di dalam wad untuk pemeriksaan lanjut.

Pada jam 526 pagi aku telah dikejutkan oleh nurse untuk menjalani ultrasound. Subhanallah. Allahuakbar. Doktor memberitahuku bahawa dia tidak dapat mengesan degupan jantung salah seorang bayiku. Beberapa minit kemudian, doktor telah mengesahkan bahawa salah seorang bayiku telah meninggal dunia. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu.

Sebaik keluar dari bilik doktor, aku menangis. Menghubungi suamiku dan dia dengan tenang menerima ketentuan Ilahi.

Saat ini aku masih menunggu untuk diperiksa oleh pakar o&g untuk menentukan sama ada kandunganku masih selamat untuk diteruskan atau tidak.

Aku redha InsyaAllah. Tapi hati ini sangat sebak bila teringat tentang sarung tangan dan kaki yang dah di beli. Bukan rezeki kami. Aku harus redha. YaAllah, kuatkanlah semangatku untuk menghadapi dugaan ini. 

Tabahkan lah hati suamiku. Semoga dia dapat menerima semua ini dengan redha. Amin.

Thank you for reading this entry.

0 comments:

Post a Comment